Melly Goeslaw Feat (Duet) Yusry KRU – Dibius Cinta [OST Soundtrack Cicakman 2 – Planet Hitam]

September 14, 2008 at 10:02 am (OST Cicakman 2 - Planet Hitam MP3) (, , )

Melly Goeslaw Ft Yusry KRU - Dibius Cinta

Melly Goeslaw Ft Yusry KRU - Dibius Cinta

KEJAYAAN filem sulung terbitan KRU, Cicakman yang meraih kutipan filem tempatan tertinggi 2006 berjumlah RM6.7 juta menjadi sandaran buat trio adik-beradik tampil dengan sekual Cicakman 2 – Planet Hitam yang akan menjengah pawagam akhir tahun ini.

Bagaimanapun pengarahnya, Yusry Abdul Halim tidak berani meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini melihatkan keadaan semasa yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak sehingga menjejaskan kutipan filem antarabangsa.

“Susah nak cakap sebab situasi pasaran sekarang berubah-ubah. Sejak harga minyak naik, bukan saja harga barang turut naik, malah kutipan filem termasuk Hollywood pun terjejas.

“Memang saya menaruh harapan untuk filem ini mencapai kutipan pecah panggung. Tetapi saya perlu berpijak di bumi nyata dan mengakui keadaan pasaran sekarang.

“Biarlah sasaran yang diletakkan logik dan tidak terlalu tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Celcom (M) Bhd, baru-baru ini.

Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir tahun lalu menjalani proses pasca produksi lebih tujuh bulan termasuk memasukkan teknik imej janaan komputer (CGI).

Katanya, hampir separuh filem itu menggunakan CGI membabitkan lebih 800 shot. Teknik berkenaan digunakan untuk menampilkan suasana berbeza dari segi landskap, pertarungan dan beberapa perkara lagi.

“Cicakman pertama lebih kepada eksperimen dan kami banyak menerima maklum balas serta komen membina. Dari situ, Cicakman 2 – Planet Hitam memperbetulkan kekurangan apabila kita menukar kostum, menambah aksi, dan mengurangkan komedi.

“Jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana Cicakman kali ini mempunyai banyak tanggungjawab dan banyak musuh. Tetapi ia masih mengekalkan konsep aksi komedi,” katanya.

Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan teknik CGI. Kata Yusry, ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.

Sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam album runut bunyi Cicakman 2 – Planet Hitam antaranya Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) serta Mau Yang Besar (Pianka).

Lagu Dibius Cinta menjadi lagu duet pertama Melly Goeslow bersama artis Malaysia. Kata Yusry, tidak sukar berkerjasama dengan Melly kerana dia begitu senang memberikan komitmen, malah turut memberi idea untuk pembikinan video klip yang menjalani penggambaran sehari di Jakarta, Indonesia.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), ia turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef) selain beberapa penampilan khas daripada Linda Onn dan Julia Zieglar.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata filem ini juga turut mendapat pengiktirafan rasmi di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 pada 2 hingga 10 Oktober ini melalui jemputan ‘World Premier’ bagi segmen Super Hero di rantau Asia.

“Filem yang akan mula menemui penonton di 60 pawagam tanah air pada 11 Disember ini akan diedarkan di empat negara apabila Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mengedar untuk pasaran Malaysia dan Brunei, Cathay-Keris Films Pte Ltd (Singapura) dan PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia).

“Bagi mevariasikan koleksi peribadi, terdapat banyak produk Cicakman yang boleh diperoleh antaranya siri komik, barangan sekolah, buku warna dan novel. Paling terbaru, kini turut dipasarkan novel Rrama, watak baru yang diperkenalkan dalam Cicakman 2 – Planet Hitam,” katanya.

Kerjasama antara KRU Studios dan Celcom terjalin selaras pakatan perniagaan lebih strategik bukan saja untuk promosi filem yang dinantikan tahun ini, tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan Celcom.

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama GBSB ini baru selesai proses pembikinan ‘A Print’ di Bangkok, Thailand dan mendapat kelulusan bersih Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk tontonan umum.

Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy, berkata sebagai penaja utama, Celcom menawarkan kandungan mudah alih yang menarik kepada peminat antaranya nada dering monofonik, polifonik, logo operator, trailer dan banyak lagi berkaitan filem ini.

Lagu OST Soundtrack Cicakman 2 – Planet Hitam
Melly Goeslaw Duet Yusry KRU – Dibius Cinta

Untuk Info Dan Download Lagu Melly Goeslaw Feat Yusry KRU – Dibius Cinta, Klik Disini

2 Comments

  1. ainda said,

    emmm lagu ni best gillerrr la..kwn saya yang cakap…

  2. mike said,

    ada sepa tau dimana nak tengok video klip lagui best giler ni…plz mail me..richard5724@hotmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: